Semalam semasa along dalam perjalanan balik dari kerja, along mendapat berita yang mengejutkan iaitu bapa kena stroke. Tangan disebelah kirinya tidak boleh angkat. Jadi along bercadang nak balik ke alor star malam ini.Besok baru along dapat tahu keadaan bapa yang sebenar. Along akan tulis lagi esok. Salam
Tuesday, May 26, 2009
Sunday, May 24, 2009
Sulaman beads di lengan baju
Setelah balik dari main boling along terus berusaha menyiapkan tempahan manik di lengan baju. Baju batik purple ni agak rumit kerana ia terlalu lembut. Untuk menyiapkannya along mengambil masa yang agak lama, maklumlah along bekerja, jadi aktiviti ini sampingan aje. Cantik tak? Amatur yang buat, along mulanya hanya suka-suka, tapi kalau ada yang nak tempah boleh juga along menerimanya. Alhamdulillah akhirnya siap juga tempahan ini. Esok bolehlah diberi kepada tuannya yang dah tak sabar menuggu hasil kerja tangan along ni. Harap-harap beliau puas hati.
Setelah siap baju purple tadi, along mula mereka-reka design untuk baju baru pulak, iaitu baju coklat gambar di atas, kalau dah siap along akan pamirkan di sini, ok.. bye nanti sambung lagi.
Liga Akhir Boling Pusat Asasi Sains UM (PASUM)
Pada hari ini 24 MEi 2009, jam 1.00 tengahari bermulalah liga akhir boling bagi kelab boling pusat asasi sains, universiti malaya. Seramai 23 orang yang dapat menyertainya daripada 25 orang kesemuanya. Dua ahli tak dapat datang kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan berlaku kepada mereka iaitu Zaridah dan Hafisan.
Perlawanan sangat sengit. Setelah kesemua ahli berhempas pulas membaling bola boling kearah pin-pin yang jauh tuuu..... akhirnya Radzi mendapat high game lelaki dengan jatuhan 222 pin dan high game perempuan dimenangi oleh Siti Hajar dengan jatuhan pin 198.
Kemenangan berpihak kepada Dr Azizan Ismail ditempat pertama di ikuti dengan Radzi kedua dan Mimie di tempat ketiga. Kami ditempat kesebelas dan kelapan belas je... Sedihhhhhh....... Kami akan cuba untuk membaiki balingan di masa akan datang... iaitu next liga yang akan diadakan dihujung bulan June 2009 ini.
Sayangnya kami tidak bawa kamera untuk mengamit kenangan yang indah sewaktu perlawanan ten boling ini. Emmmmm... frust...
Perlawanan sangat sengit. Setelah kesemua ahli berhempas pulas membaling bola boling kearah pin-pin yang jauh tuuu..... akhirnya Radzi mendapat high game lelaki dengan jatuhan 222 pin dan high game perempuan dimenangi oleh Siti Hajar dengan jatuhan pin 198.
Kemenangan berpihak kepada Dr Azizan Ismail ditempat pertama di ikuti dengan Radzi kedua dan Mimie di tempat ketiga. Kami ditempat kesebelas dan kelapan belas je... Sedihhhhhh....... Kami akan cuba untuk membaiki balingan di masa akan datang... iaitu next liga yang akan diadakan dihujung bulan June 2009 ini.
Sayangnya kami tidak bawa kamera untuk mengamit kenangan yang indah sewaktu perlawanan ten boling ini. Emmmmm... frust...
Friday, May 22, 2009
TRIP TO SEREMBAN
Hari ini, Sabtu 23 May 2009, kami ke Seremban untuk berjumpa dengan anak saudara mak angkat (Billy Clarkson- panggilan MAMA) iaitu Mr. Leslie dari England. Kami tak pernah berjumpa dengan beliau, inilah kali pertama. Perjumpaan dirancang di Seremban Parade. Pertemuan telah diaturkan lama, tetapi selalu tergendala kerana masing-masing ada tugas di setiap hujung minggu. Dan akhirnya pada hari ini lah Sabtu 23 Mei 2009 dalam pukul 11.15 pagi kami bertemu akhirnya.
Mama banyak menceritakan kisah kami kepada Leslie semasa hayatnya. Berita sedih yang kami terima MAMA baru saja meninggal dunia iaitu pada bulan March 2009. Leslie menyatakan yang Mama mahu dia berjumpa dengan kami apabila tiba di Malaysia, sebab itulah pertemuan ini diaturkan.
Leslie adalah seorang yang very nice guy. Kami berbual panjang hingga tak sedar sudah empat jam berlalu. Ianya sungguh menyeronokkan dan pelbagai topik yang perkatakan. Seperti dah lama berkenalan walaupun pada hakikatnya kami baru pertama kali berjumpa. Perbualan lebih banyak berkaitan dengan MAMA, kenangan lalu kami di Southampton semasa bersama MAMA di rumahnya di Langbar Close, Bitterne, Southampton dan semasa kami bersama-sama pergi ke Car Boot Sales, dan sebagainya. Selain itu kisah keluarga, kehidupan di UK dan Msia jua. Kisah pengembaraan dan kehidupan seharian kami. Mr Leslie sememangnya sangat-sangat nice person. Terima kasih Leslie kerana sudi menghubungi kami dan berjumpa kami walaupun kita tidak pernah berjumpa.
Yang bestnya semasa pertama kali mencari Leslie di Seremban Parade itu, Niza terus menuding jari kepada Leslie mengatakan itu lah orang yang menunggu kami semasa kami menurun escalator. Dan ye memang betul, itu lah Leslie.
Setelah minum secawan kopi dan tea, dan bila menjelang tengahari kami makan ditempat itu juga sambil berbual mesra. Memang tak terasa masa dah lama kami duduk disitu. Setelah lunch, kami rasa dah sampai masanya kami berpisah kerana mungkin Leslie ada kerja yang perlu dibuatnya nanti dan kami tidak mahu menganggu beliau. Kami keluar dari restoran setelah Leslie membayar bil lunch kami.
Seterusnya kami bergambar bersama di sekitar kawasan pameran di Seremban Parade itu. Kami menuju ke kereta dan keluar dari Seremban Parade dengan kenangan yang sangat menusuk jiwa dan mengharukan sekali. A very touching memories for us especially with uncle Leslie.
Kami terus ke Kuala Lumpur dan alhamdulillah, sampai ke destinasi yang dituju iaitu rumah kami lah.....
Subscribe to:
Posts (Atom)