Sunday, May 24, 2009

Sulaman beads di lengan baju











Setelah balik dari main boling along terus berusaha menyiapkan tempahan manik di lengan baju. Baju batik purple ni agak rumit kerana ia terlalu lembut. Untuk menyiapkannya along mengambil masa yang agak lama, maklumlah along bekerja, jadi aktiviti ini sampingan aje. Cantik tak? Amatur yang buat, along mulanya hanya suka-suka, tapi kalau ada yang nak tempah boleh juga along menerimanya. Alhamdulillah akhirnya siap juga tempahan ini. Esok bolehlah diberi kepada tuannya yang dah tak sabar menuggu hasil kerja tangan along ni. Harap-harap beliau puas hati.
Setelah siap baju purple tadi, along mula mereka-reka design untuk baju baru pulak, iaitu baju coklat gambar di atas, kalau dah siap along akan pamirkan di sini, ok.. bye nanti sambung lagi.

Liga Akhir Boling Pusat Asasi Sains UM (PASUM)

Pada hari ini 24 MEi 2009, jam 1.00 tengahari bermulalah liga akhir boling bagi kelab boling pusat asasi sains, universiti malaya. Seramai 23 orang yang dapat menyertainya daripada 25 orang kesemuanya. Dua ahli tak dapat datang kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan berlaku kepada mereka iaitu Zaridah dan Hafisan.

Perlawanan sangat sengit. Setelah kesemua ahli berhempas pulas membaling bola boling kearah pin-pin yang jauh tuuu..... akhirnya Radzi mendapat high game lelaki dengan jatuhan 222 pin dan high game perempuan dimenangi oleh Siti Hajar dengan jatuhan pin 198.

Kemenangan berpihak kepada Dr Azizan Ismail ditempat pertama di ikuti dengan Radzi kedua dan Mimie di tempat ketiga. Kami ditempat kesebelas dan kelapan belas je... Sedihhhhhh....... Kami akan cuba untuk membaiki balingan di masa akan datang... iaitu next liga yang akan diadakan dihujung bulan June 2009 ini.

Sayangnya kami tidak bawa kamera untuk mengamit kenangan yang indah sewaktu perlawanan ten boling ini. Emmmmm... frust...