Wednesday, June 10, 2009

Amir Al Rayyan melihat dunia pada 1 Jun 2009

Pada 1 Jun 2009 bersamaan 7 JamadilAkhir 1430 Hijrah lahirlah Amir Rayyan ke dunia.

Pada 1 jun 2009, dalam pukul 7.13 ptg , hari Isnin, lahir lah seorang putera dari keturunan Mohd Faris bin Haji Hassan iaitu adik along yang kelima daripada enam orang adik beradik. Mohd Faris telah mempunyai tiga orang putera sebelum itu iaitu Amir Farhan, Amir Haziq dan Amir Haiqal. Dengan lahirnya Amir Rayyan, menjadikannya putera ke empat dalam keluarga Mohd Faris... WOW... bagusnya. Belum ada puteri lagi. Mungkin selepas ini???........

Lihat lah...

BAPA DI KMC












Alhamdulillah keadaan bapa beransur pulih. Syukur kehadrat Illahi. Tangan kirinya sudah boleh digerakkan. Bapa dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC) pada hari Rabu (27/5/09) dan dibenarkan pulang pada hari Ahad (31/5/09). Ramai sanak saudara yang melawat bapa. Sekarang bapa berada di rumahnya di Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah.