Seperti biasa, sukan MAKSPE N ini along menyertai sukan boling yang diadakan di boling arena ALAMANDA (ARL POWER BOWL) pada 18/6/09 jam 3.00 ptg. Along dalam pasukan PKPS, bermain seramai 4 orang wanita, iaitu Along, suri, Nureen dan Badarita. Dalam kumpulan, kumpulan along iaitu PKPS katogeri wanita mendapat tempat ke 7 daripada 15 pasukan. Di kalangan wanita individu pula along berjaya mendapat tempat keempat dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 639 iaitu purata 159 jatuhan satu game. Seterusnya along berjaya masuk masters keesokkan harinya, dipilih seramai 16 orang sahaja daripada 60 orang wanita kesemuanya.
Tapi nasib tidak menyebelahi along kerana tidak berjaya mendapat tempat. Kurang bernasib baik kali ini.
sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment